Monday 9 June 2014

Xada masalah pun..

Saya pun sedar diri saya siapa.. tidak perlu hina saya sebegitu rupa.. perlu diingatkan.. saya bukan perangai seperti anda.. hidup hanya mengharapkan redha Manusia dan anda sangat lemah akan itu.. saya cuma tersenyum bila diri saya dihina anda.. dicaci.. senyuman saya bukan senyuman sinis tetapi senyuman ikhlas dan hati saya menyebut Alhamdulillah.. terima kaseh sangat kepada anda kerana berjaya memberitahu orang lain apa yang
Orang tidak tahu.. tahniah juga kerana perencah yang anda guna sangat sedap.. pandai anda guna ramuan..
Ikhlas saya nyatakan.. dalam hati saya tidak ada sedikit pun perasaan dendam malahan saya selitkan dalam doa saya agar anda dan anda dan anda diberi peluang untuk insaf.. saya sangat sedih melihat wajah anda penuh dengan dendam.. Allahuakbar.. saya xsampai hati nak tengok.. saya sebak.. semoga Allah swt bukakan pintu hati awak untuk berubah..

Walaupun sehebat mana.. secantik mana.. sekaya manapun kita didunia ini.. kita harus ingat itu cuma pinjaman.. harta yang banyak sekali pun andai tiba masa kita dijemput pulang terpaksa harus wajib  kita tinggalkan.. Dari die kita datang dan kepada die jua kita kembali.

InsyaAllah selagi saya mampu bertahan untuk bersabar saya harus bersabar kerana itu diri saya.. tetapi saya akui satu perkara.. sejak dari dulu hingga sekarang.. jika ia melibatkan keluarga saya dan itu tidak benar.. saya akan fight habis habisan.. tergadai nyawa pun saya rela.

No comments:

Post a Comment