Thursday 31 October 2013

*** Kuala Lumpur Senyumlah***

Hmm orang semua nak balik kampung halaman kita pulak nak ke Keel Lumpur.. darat katanya duk di kelate ni..yelaa makan budu kan..amboii..ko x sedar ea ko pun makan budu jgak..geram raseee..dah lama pendam hari terpaksa lepas jgk perasaan ni sebab dah menjadi2..sabar ye kawan2 kalau ye pun kita semua kena transfer p Keel..mesti ada hikmah disebaliknya..

Kuala Lumpur..tunggu ler kami datang.huh..sape yg sanggup g tuu memang lerr..hmm xtau nak cakap..aku??dengan gaji seciput nak duk bandar? nak makan lg umah sewa lg kalo ade kete..nk bayr kete lg..korang xpela gaji besauu segala2 besauu..kesian ler ckit kat2 anak buah ni..nak tido kat masjid ke??
Ya Allah..berharap sangat semuanya x jadi kan +Zati Fadhilah ? Tengok contoh dh ade mmber dh g dulu dri kita..nak mkan pun xckup duit..tidur kat masjid katanya..agaknya nanti masjid2 d keel penuh dengan geng2 kita kot..

Ya Allah semoga kau permudahkan segalanya, perkenankan doa hamba2 mu yang teranaiya ni..


Tuesday 29 October 2013

Bila dah buntu dengan sesuatu yang berlaku,
kembalilah kepada Tuhan yang satu,
barangkali ada yang tertinggal di situ,
mungkin juga belum mendapat restu...
Jangan pernah meninggalkan Tuhanmu,

kerna dia tidak mungkin meninggalkanmu,
teguhkan dinding imanmu,
agar ketenangan datang bertamu...

 

24 Ciri-Ciri Orang Yang Mencintai Kamu

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

Rahsia Bulan Kelahiran

Berikut disenaraikan kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

JANUARI

  • Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.
  • Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.
  • Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.
  • Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.
  • Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.
  • Pandai mengambil hati orang lain.
  • Pendiam kecuali telah dirangsang.
  • Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.
  • Mudah mendisiplinkan diri sendiri.
  • Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.
  • Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.
  • Cukup sayang pada kanak-kanak.
  • Suka duduk di rumah.
  • Setia pada segala-galanya.
  • Perlu belajar kemahiran bersosial.
  • Sifat cemburu yang sangat tinggi
FEBRUARI
  • Berfikiran abstrak.
  • Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
  • Bijak dan pintar
  • Berpewatakan yang mudah berubah.
  • Mudah menawan orang lain.
  • Agak pendiam.
  • Pemalu dan rendah diri.
  • Jujur dan setia pada segalanya.
  • Keras hati untuk mencapai matlamat.
  • Tidak suka dikongkong.
  • Mudah memberontak apabila dikongkong.
  • Suka kegiatan yang lasak.
  • Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
  • Mudah mempamerkan marahnya.
  • Tidak suka benda yang remeh-temeh.
  • Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
  • Sangat berani dan suka memberontak.
  • Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka hiburan dan sukan.
  • Suka benda yang bersifat seni.
  • Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
  • Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
  • Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
  • Belajar untuk mempamerkan emosi
MAC
  • Berpesonaliti menarik dan menawan.
  • Mudah didampingi.
  • Sangat pemalu dan pemendam rasa.
  • Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.
  • Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.
  • Suka pada kedamaian.
  • Sangat peka pada orang lain.
  • Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.
  • Tidak cepat marah dan sangat amanah.
  • Tahu membalas dan mengenang budi.
  • Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.
  • Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.
  • Suka berangan-angan.
  • Suka melancong.
  • Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.
  • Kelam kabut dalam memilih pasangan.
  • Suka dengan hiasan rumahtangga.
  • Punya bakat seni dalalm bidang muzik.
  • Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.
  • Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL
  • Sangat aktif dan dinamik.
  • Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  • Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  • Punya daya mental yang sangat kuat.
  • Suka diberi perhatian.
  • Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  • Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  • Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  • Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  • Emosi cepat terusik.
  • Cuba kawal perasaan.
  • Kecenderungan bersifat pendendam.
  • Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  • Kuat daya ingatan.
  • Gerak hati yang sangat kuat.
  • Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  • Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  • Sangat cemburu dan terlalu cemburu
MEI
  • Keras hati & tegas.
  • Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Mudah marah apabila tidak dikawal.
  • Pandai menarik hati & perhatian orang lain.
  • Perasaan yang amat mendalam.
  • Cantik dari segi mental & fizikal.
  • Tidak perlu dimotivasikan.
  • Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
  • Mudah dipujuk.
  • Bersikap sistematik (otak kiri).
  • Suka berangan.
  • Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
  • Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
  • Daya khayalan yang tinggi.
  • Permikiran yang tajam.
  • Pandai berdebat.
  • Fizikal yang baik.
  • Kelemahan sistem pernafasan.
  • Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
  • Tidak berapa suka duduk di rumah.
  • Tidak boleh duduk diam.
  • Tidak punya ramai anak.
  • Rajin dan bersemangat tinggi.
  • Agak boros
JUN
  • Berfikiran jauh & berwawasan.
  • Mudah ditawan kerana sikap baik.
  • Berperangai lemah lembut.
  • Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.
  • Idea yang terlalu banyak di kepala.
  • Bersikap sensitif.
  • Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).
  • Sukar melakukan sesuatu dengan segera.
  • Bersikap suka menangguh-nangguh.
  • Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.
  • Cepat marah & cepat sejuk.
  • Suka bercakap & berdebat.
  • Suka buat lawak & bergurau.
  • Otaknya cerdas berangan-angan.
  • Mudah berkawan & pandai berkawan.
  • Seorang yang sangat tertib.
  • Pandai mempamerkan sikap.
  • Mudah kecil hati.
  • Mudah kena selsema.
  • Suka berkemas.
  • Cepat rasa bosan.
  • Sikap terlalu memilih & cerewet.
  • Kurang mempamerkan perasaan.
  • Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.
  • Suka pada barang yang berjenama.
  • Mudah menjadi eksekutif.
  • Kedegilan yang tidak terkawal.
  • Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.
JULAI
  • Sangat suka didamping.
  • Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.
  • Agak pendiam kecuali dirangsang.
  • Ada harga dan maruah diri.
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.
  • Mudah dipujuk dan bercakap lurus.
  • Sangat menjaga hati orang lain.
  • Sangat peramah.
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.
  • Berjiwa sentimental.
  • Jarang berdendam.
  • Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.
  • Tidak suka benda remeh-temeh.
  • Membimbing cara fizikal dan mental.
  • Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.
  • Layanan yang serupa terhadap semua orang.
  • Tinggi daya simpati.
  • Pemerhatian yang tajam.
  • Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.
  • Mudah dan rajin belajar.
  • Suka muhasabah diri.
  • Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.
  • Suka mendiamkan diri.
  • Suka duduk di rumah.
  • Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.
  • Tidak agresif kecuali terpaksa.
  • Lemah dari segi kesihatan perut.
  • Mudah gemuk kalau tak kawal diet.
  • Minta disayangi.
  • Mudah terluka hati tapi lambat pulih.
  • Terlalu mengambil berat.
  • Rajin dalam membuat kerja
OGOS
  • Suka berlawak.
  • Mudah tertawan padanya.
  • Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.
  • Berani dan tidak tahu takut.
  • Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.
  • Pandai memujuk orang lain.
  • Terlalu pemurah & bersikap ego.
  • Nilai harga diri yang sangat tinggi.
  • Dahagakan pujian.
  • Semangat juang yang luar biasa.
  • Cepat marah & mudah mengamuk.
  • Mudah marah apabila cakapnya dilawan.
  • Sangat cemburu.
  • Daya pemerhatian yang tajam & teliti.
  • Cepat berfikir.
  • Fikiran yang berdikari.
  • Suka memimpin & dipimpin.
  • Sifat suka berangan.
  • Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.
  • Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.
  • Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.
  • Belajar untuk bertenang.
  • Sikap kelam kabut.
  • Romantik, pengasih dan penyayang.
  • Suka mencari kawan
SEPTEMBER
  • Sangat bersopan santun & bertolak ansur.
  • Sangat cermat, teliti & teratur.
  • Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.
  • Pendiam tapi pandai bercakap.
  • Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.
  • Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.
  • Kerja yang dilakukan sangat sempurna.
  • Sangat sensitif yang tidak diketahui.
  • Seorang yang banyak berfikir.
  • Daya pentaakulan yang baik.
  • Otak bijak & mudah belajar.
  • Suka mencari maklumat.
  • Kawal diri dari terlalu mengkritik.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.
  • Suka sukan, hiburan & melancong.
  • Kurang menunjukkan perasaannya.
  • Terluka hatinya sangat lama disimpan.
  • Terlalu memilih pasangan.
  • Sukakan benda yang luas.
  • Bersistematik
OKTOBER
  • Suka berbual.
  • Suka orang yang sayang padanya.
  • Suka ambil jln tengah.
  • Sangat menawan & sopan santun.
  • Kecantikan luar & dalam.
  • Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
  • Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
  • Sentiasa berkawan.
  • Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
  • Cepat marah.
  • Macam pentingkan diri sendiri.
  • Tidak menolong orang kecuali diminta.
  • Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
  • Tidak suka terima pandangan orang lain.
  • Emosi yang mudah terusik.
  • Suka berangan & pandai bercakap.
  • Emosi yang kelam kabut.
  • Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
  • Suka melancong, bidang sastera & seni.
  • Pengasih, penyayang & lemah lembut.
  • Romantik dalam percintaan.
  • Mudah terusik hati & cemburu.
  • Ambil berat tentang orang lain.
  • Suka kegiatan luar.
  • Seorang yang adil.
  • Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
  • Mudah patah semangat
NOVEMBER
  • Banyak idea dalam perkara.
  • Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.
  • Berfikiran kehadapan.
  • Berfikiran unik dan bijak.
  • Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.
  • Pemikiran yang tajam.
  • Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  • Sesuai jadi seorang doktor.
  • Cermat dan teliti.
  • Personaliti yang dinamik.
  • Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  • Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  • Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.
  • Terlalu degil dan keras hati.
  • Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  • Tak suka marah kecuali digugat.
  • Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  • Pandai muhasabah diri.
  • Cara berfikir yang lain dari orang lain.
  • Otak yang sangat tajam.
  • Pandai mendorong diri sendiri.
  • Tidak hargai pujian.
  • Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.
  • Cuba sampai berjaya.
  • Badan yang sasa.
  • Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  • Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.
  • Suka duduk d irumah.
  • Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  • Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  • Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER
  • Sangat setia dan pemurah.
  • Bersifat patriotik.
  • Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.
  • Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
  • Bercita-cita tinggi.
  • Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.
  • Seronok bila didampingi.
  • Suka bercampur dengan orang.
  • Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
  • Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
  • Tidak pandai berpura-pura.
  • Cepat marah.
  • Perangai yang mudah berubah-ubah.
  • Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.
  • Benci pada kongkongan.
  • Suka berlawak.
  • Pandai buat lawak dan berfikiran logik

**Selamat Pengantin Baru syg***

Semoga sayang sentiasa berbahagia hingga ke anak cucu yea..kikiki.. jangan nakal2 taw..jadi bapak yang baguih naa,,wewewe

Hmm cukup x duit ni..nak makan lagi..nak shopping lagi..


Monday 28 October 2013

Sayyidul Istighfar




Kelebihan membaca Sayyidul Istighfar:

"Barangsiapa yang menyebutnya pada waktu siang dengan penuh yakin terhadapnya (ikhlas dan yakin dengan ganjarannya), maka (jika) dia mati pada hari itu sebelum hampir tiba malam maka dia daripada kalangan ahli syurga. Dan barangsiapa yang menyebutnya pada waktu malam dengan penuh yakin terhadapnya (ikhlas dan yakin dengan ganjarannya), maka (jika) dia mati sebelum tibanya subuh maka dia daripada kalangan ahli syurga".

( Hadis riwayat Bukhori: Bab Kelebihan Istighfar, Hadis 6306, Fathul Bari oleh Ibnu Hajar al-Asqalani )

28/10/2013- ISNIN

** Isnin..pukul 8 pagi..Pusat temuduga SPA Kota Bharu..
** Daftar- No giliran 5001 ..

 Salam semua..hari ni sy nk share pengalaman temuduga tadi..yang kesekian kali xtau berapa kali udah ghee..
Cuak+Berdebar+++ Sejuk kaki tangan.. Prepared??huhu xtau nak prepared..jawatan kali ni suspen cikit..tapi excited sebenarnya nak tau pasal job macam menarik je..hehehe..

Tadi sebelum kuar mak pesan baca ayat ni banyak2..

 Ù„ا Ø¥ِلهَ Ø¥ِلاَّ Ø£َÙ†ْتَ سُبْحانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ّÙ‰‏ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِمينَ
 
“Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang lalim.”[1]

Doa ini :  Nabi Yunus as yang selamat dari perut ikan dan laut yang dalam, kembali ke tempat yang    diperintahkan semula dan umat yang telah sadar semasa kepergian beliau as, mengerumuni beliau as dan memilih jalan suci dan penyembahan kepada Allah swt di depan mereka.

Saya amalkan doa start dari kuar umah sampai la nak masuk bilik temuduga tadi..syukur Alhamdullilah saya berasa sedikit tenang walaupun berdebar..dah ler dapat no giliran nombor satu..hmm xpe kuatkan semangat rezeki dimana-mana cuma kita yang perlu ikhtiar dan usaha.

*** Teng3..5001 Bilik 5..Bismillahirrahmanirrahim
*** Assalamualaikum,,selamat pagi ..ok silakan duduk.. Puan, oo cik ok..hehe..Boleh puan perkenalkan diri puan..Nama saya ........ umur....tahun, sekarang bekerja ........
*** Boleh puan ceritakan skop kerja puan Di Lembaga sekarang ni..then i want u explain me in English, sure..InsyaAllah Im try my best..ececehh praa3 bi hahaha..
***Soalan temuduga tadi  - Nama menteri Kementerian Dalam Negeri
                                        - Nama Timbalan Menteri KDN
                                        - Nama Ketua Polis Negara..yang ni kelakar gila giler bab tergolek2 ni..Aku
                                           cakap nama Tan Sri Khalid..pastu aku diam, lupa pulak nama bapak dia.. tibe2
                                           otak aku boleh pulak terpikir nama laki Ct Nurhaliza Khalid Jiwa naseb baek
                                          aku xckp kalo x mesti keras ketawa huawaahaha..
                                        - 5 Rukun Islam
                                        - Pasal Bajet?Xde pun..
                                        - 2jek..hmm InsyaAllah kalau ada rezeki xkmana..
   





 

 

Sunday 27 October 2013

**Temuduga Spa 28/10/2013 -Pemeriksa Cap jari

**Kali yang kE-7 Pada tahun 2013 panggilan Temuduga SPa..huhu..orang panggil kita pegi je..orang cakap kalau dapat temuduga ni sebelah kaki dah duk kt dalam..tapi aku xnk mngharap sangat..dah givup..InsyaAllah I will do da best..


Saturday 26 October 2013

Resepi Kek Batik berkacang

Kek Batik Berkacang

loyang 7inci
400g biskut marie_dipatah 4
100g milo
50g serbuk koko
100g gula
200ml air
100g majerin
2biji telur
100g kacang tanah (goreng tnpa minyak, buang kulit sikit dn tumbuk guna lesung batu...jgn lumat sgt..kasar2 sikit, agak2 ikut suka...

Cara2nya:
-patah2kan biskut marie kedlm besen/bekas besar}patah 4
-masukkan milo, serbuk koko, gula dn air kedlm periuk..masak sehingga mendidih...
-masukkan majerin...setelah majerin cair, pecahkan telur kedlmnya...kacau sehingga sebati...
-tutup api dn masukkan terus kedlm besen/bekas besar yg ada biskut marie tadi time panas2....gaul dn taburkn kacang tanah kesemuanya dgn rata
-sediakan loyang bersaiz 7'inci...tuang adunan biskut marie yg tlah digaul tadi kedlm loyang...
-tekan dgn sudip padat2...n kemudian tekan dgn alat penekan yg rata(amy guna penekan kek lapis tu...tekan n ratakan dibhgn permukaannya...
-masukkan loyang kedlm petiais(amy letak bhgn atas bg cepat sejuk dlm 30min-1jam)
-keluarkan...cungkil tepinya guna pisau...ambik talam..terlungkupkan n ketuk2 bg kek nya keluar dr loyang tersebut...setelah keluar, terbalikkan blk kedlm pinggan @ papan kek...sedia tk dipotong...
-dipotong2 n simpan dlm bekas...n masuk dlm petiais(bhgn tgh, tempat letak air tu)...sedia tk dimkn anytime! nyumie....!
*slmt mencuba!


***Sabar ye sayang***

Assalamualaikum..aku nak cerita sedih sangat hari ni..cerita yang buat aku nangis teresak2.. Cerita seorang sahabat baik aku yang telah kehilangan bonda tercinta..Bonda yang juga aku anggap sebagai bondaku..sorang yang besederhana seorang yang baik hati nya, elok budi pekerti  nya, selalu berfikiran positif dengan raut wajah yang sentiasa tersenyum..manis wajahmu bonda..

*** Hari jumaat pukul 5 ptg..aku sms sahabat aku ni ajak dia kuar g pasar malam depan Husm..die reply sms aku..jommm..''ambik aku umah kak aku k..then aku jawab ok..sampai je umah kak die..aku naik salam ngan k.za cium pipi die..aku tengok eh bonda pun ada..aku cium tangan die..aku cium pp die..aku tanya die..bonda tidur umah k.za?? Die kata xlah..baru jah sampai..biasalah dia, dengan gurauan dia..nak g jumpa pakwe ke pasar malam..hehe..Sebelum kuar g p.malam aku salam ngan k,za, aku x salam bonda sebab duk jauh dari aku jarak die..dia kata xpe bonda lambai je k..die lambai tangan kat aku dengan senyuman yang cukup manis,, aku xpuas sangat tengok..

*** Malam tu selepas solat isyak.. aku dikejutkan dengan sms dari kawan aku, ..wani..bonda dah xde..Ya Allah..aku rasa macam di awan-awangan saat tu..aku tepuk pipi aku..aku mimpi ke..ternyata kenyataan yang perlu aku terima,, pemergian bonda tidak ku sangka, Ya Allah kau tempatkan bonda dikalangan orang yang beriman k..Malam tu aku tak tido..fikiran aku kat bonda je,,nak pergi umah sahabat aku,..dah malam..xpe aku tahan perasaan..keesokan harinya,, pagi2 lagi aku pergi  umah sahabat aku tu..Sedih sangat aku xsempat tengok wajahnya buat kali terakhir sebab aku sampai je orang tengah kebumi..Aku redha peemrgiannya, seorang Bonda kepada seorang sahabat karibku.. Semoga kita berjumpa di syurga ya Bonda,.. Tabahkan hatimu wahai sahabatku..U r Strong Dear..U r Strong..

*** Malam pertama tanpa bonda sahabatku di kejutkan dengan mimpi..Bonda datang bertelekung putih..bonda senyum padanya dan berpesan jangan sedih anakku..Bonda sekarang berada tempat indah..Ya Allah sungguh agung kekuasaanMu Ya Allah..

** Al- Fatihah Bonda**

Wednesday 23 October 2013

**Lekat Tulang Ikan**

Assalamualaikum..selamat pagi semua,, sebelum memulakan tugasan aku nak cari dulu doa untuk penawar lekat tulang ..huhu dari semalam aku xlena tido gara2 lekat tulang ikan..ikan ape member tanya??maluuu...ikan sardin..

Search punya search google..jumpa la ayat ni..nak tryyy..xtahan dah pedih sangat..tulang kecik je..tapi bila duk dalam tekak jd besar pulak..xselesanye rase..Nasi lemak dah habis sebukuih..karipap 2 biji dah aku bedal..tapi tulang ni xmau kuar jugak..suke ek duk dalam sane ek..aduii..




Tuesday 22 October 2013

Doa Pendekat Jodoh..

Hmm..Jodoh adalah takdir ilahi yang telah ditetapkan di luh mahfuz lagi..tapi usaha kita sebagi muslim haruslah berdoa supaya dapat jodoh yang baik dan beriman..

Jom kita amalkan doa ni

***Fira Ayuni***

Slot Samarinda Tv3 Fira Ayuni..sape tengok?? bez kan..hmm sweet la cerita tu..saya mesti tengok..xmiss lagi setakat ni..xpuas tengok lak tu..bukak pulak tonton haha..ape punya peel la..
Kawan2 aku cakap xbez la..sebab heroin xcantik..ehh sape ckap xcantik..si Fira tu cantik la.melecun tau..ooo sebab rambut die camtu ea..geram nak tarik ea.haha...
Jalan cerita Fira aYuni tu suspen cikit..tapi tu la yang best act..setia menunggu,,

Tapi aku xsuka la si duqqi tu..geram la..alaa..fira dengan hadi la ..awesome gitu..hopefully la dengan hadi nanti..geramnye aku nak tukar skrip cerita tu hahaha

Love U Mr Arrogant..




Owhh Mr Arrogant

Aku menyedari telah jatuh cinta
Tapi aku tak bisa mengungkapkan
Terasa bahagia ku mencintaimu
Walaupun kau belum mencintaiku

Aku di sini kan selalu menunggu
Yang selalu ada di setiap waktumu
Selalu menanti jawapanmu
Untuk cinta yang terakhir...
♥♥ MR.ARROGANT


Ehemmm..

Selamat pagi semua..bermula la rutin harian aku..sampai ofis pkul 7.20..terus login fb huh dah jadi tabiat la..padahal bukannya update status pun..tapi duk baca status org..hmm kadang2 mai jgk terlintas dalam hati nak closed je account fb ni tapi bila pikir balik dalam je leh contact member2 lame..yang lame xjumpa pun jumpa balik..kuasa Fb punya pasal Tapi ingat Kuasa Allah ist ok..

Hari ni aku rasa tenang je dalam hati rasa lapang je..Syukur Ya Allah..hidup besederhana, yang penting hutang sesama manusia mesti langsai ye..tapi sebenarnya aku ada terpikirkan sesuatu yang buat susah jgk nak lelap malam tadi..xpe la forgetit..positive +ve..

Heyy wakeup la..dengar lagu pun hanyut haha..tapi best giler lagu +MR ARROGANT  mendalam maksud dia..berbunganya hati...hihihi..malu tapi mau

Jom P kb Mall..

Syukur Alhamdulillah planning nak kuar berjaya hehe..walaupun berdua je xpe la..berdua lebih baik kan..lebih baik kalau sama2 jantina hehe..kalau dah sorang kumbang sorang bunga berduaan haa adela yang bertanduk tu nanti hehehe..

Hari ni kite pegi kb mall tau..act xtau nak g mana sebenarnya..xpe kte g kbmall jela..pusing2..makan2.borak2..n jom balik..men boling?hoho xminat kte ramai2 cenngitu..

Dah bosan2 pusing2 kb mall habis bertingket2 kte tawaf tau..
Jom kita p makan pulak..dari semalam lagi kita berangan nak mkan nasi dalam claypot tuu..hahaha.



Outing sat..

Dah lama kot aku x kuar outing ngan member2 lama..kalau dulu keje satu kilang, sikit2 planing kuar sekali..jalan2 best woo..tapi sekarang bila masing2 dah berpecah dah ade kerjaya masing2 susah sikit nak kuar dengan jadual korang yang pack kan..
Xpe kita paham kot hehe..
Minggu ni kte cube set date kita kuar ea..hehe..

InsyaAllah..

So Cold..

Sejuknya aihh hari ni..duk jauh ngan aircond tapi sejuk amatt..kejang jari kakiku hehe..biasa ler musim tengkujuh dah mula mendarat ni..hmm agak susah ler bg aku nak dtg keje dgn transport xde..terpaksa menyusahkan org anta ambik..perasaan berbelah bagi dengan rasa bersalah nya..nak beli kereta xmampu lagi..sabo je la..


Monday 21 October 2013

Coretan Pertamaku

Assalamualaikum semua hai...salam perkenalan semua..cewwah..saya baru je nk try2 buat blog ni..bosan lak duk dalam ofis ni..keje dah settle ..mata pedih je baca novel..tengok kawan update status kat blog..macam menarik je..lepas godek2 tengok hebat jugak ye berblogger ni..boleh sharing2 something pastu boleh tambah income..wah..xpe nak try godek2 lg..Hehe..