Friday 29 November 2013

Macammana nak kurus ni....

Hmm delima la dengan berat badan sndiri..kalau makan banyak cepat naik tubuh..kalau kurangkan makan..turun mendadak plak..susut je tubuh..tapi saya ni xleh tahan makan..pedih perut nak muntah la..macam2 hmm macam mane ni...

Janji Allah...

Allah s.w.t sellu bersama orang yang sabar..
May Allah bless we all..

Thursday 28 November 2013

Salam jumaat semuaa..

Duit ooo duit..

Duit ni macam air kan..sebelum gaji  macam2 dalam kepala..semua nak..nafsu semua tu kalau tanpa belanjawan yang betul pasti tersasar jauh.

Kalau kakitangan kerajaan gaji mesti plus dengan bonus2 kan? Kakitangan yang swasta mgkin gaji pokok je..tapi selalunya  lebih kurang je gaji..alaa gaji berapa pun tak kisahh yang penting diri kita..pandai kawal diri dengan perbelanjaan yang berhemah..

Contoh..bagi yang ada kereta,rumah..tiap2 bulan wajib bayar kan..jadi tentukan keperluan dulu dari keinginan..tapi mestilah ada tabungan xbanyak xpe atleast ada walaupun Rm30 sebulan..jumlah yang ciput kan..tapi bila lama dikumpul dengan sabar..mesti banyak..

Tuesday 26 November 2013

Resdung membunuh!!!

ANDA batuk, kerap bersin, tidak bermaya dan tidak sedap badan. Hidung pula rasa berair dan tersumbat. Anda terasa yang anda demam.
Apabila ubat-ubatan yang diambil tidak meredakan gejala-gejala demam biasa, bangun pagi anda mulai diiringi dengan sakit kepala dan rasa berat pada bahagian muka.
Selepas doktor mendengar sejarah gejala, memeriksa bahagian muka, dahi dan mungkin menjalankan sinaran-X pada bahagian sinus, anda disahkan menghidap penyakit sinusitis.
Di kalangan masyarakat setempat, ia lebih popular sebagai resdung dan sangat biasa terjadi di kalangan rakyat negara ini.
``Ringkasnya, resdung menghasilkan pelbagai gejala hidung dan tidak ketinggalan boleh juga memberikan kesan terhadap tekak, peti suara serta telinga tengah.
``Salah satu punca resdung adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria ke atas hidung dan rongga di sekelilingnya yang dipanggil sinus,'' kata Pakar Telinga, Hidung dan Tekak, Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur, Dr. Amir Izwan Mohamed Dahan.
Menurutnya, sinus sebenarnya adalah rongga-rongga di dalam tulang muka yang bersambung ke hidung melalui saluran-saluran yang sangat kecil.
Sinus terletak pada bahagian muka - pipi di bawah mata, di antara dua mata, hanya sedikit di belakang hidung dan turut meliputi bahagian dahi seseorang.
Ia terbahagi kepada empat; masing-masingnya dikenali sebagai sinus frontal, sinus maksila, sinus etmoid dan sinus sfenoid.
Fungsi sebenar sinus tidak diketahui dengan tepat tetapi ada antara teori mengatakan sinus berfungsi meringankan tengkorak selain turut memainkan peranan dalam degungan suara.
``Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga-rongga ini pada setiap masa dan disalirkan ke dalam hidung.
``Jika saluran daripada sinus ini tersumbat, lendir akan terkumpul dan rongga sinus menjadi tempat pembiakan yang baik bagi kuman bakteria,'' katanya.
Dr. Amir Izwan yang juga pakar bedah kepala dan leher berkata, bengkakan di dalam lapisan hidung juga boleh menyebabkan salur sinus ini tersumbat.
Salah satu punca utama bengkakan dalam hidung ini ialah radang hidung disebabkan oleh alahan (rhinitis) yang agak berleluasa dalam masyarakat kita.
Mengulas lanjut, resdung boleh juga terjadi disebabkan oleh rerambut halus silia di dalam sinus yang sepatutnya membantu pengaliran mukus, gagal menyempurnakan tugasnya.
Aktiviti menyelam ataupun berenang merupakan antara beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko resdung selain asap rokok yang dikenal pasti sebagai pencetus radang hidung.
Oleh itu, adalah sangat penting `mengharamkan' tabiat merokok di dalam persekitaran rumah mahupun kenderaan pesakit resdung, sekali gus mengelakkan tempat-tempat yang seumpamanya.
Katanya, apabila gejala resdung berlaku dalam tempoh beberapa hari hingga beberapa minggu, ia diklasifikasikan sebagai akut.
Resdung akut kadangkala adalah penyebab demam, terutamanya yang berlanjutan lebih daripada tujuh hingga 10 hari.
``Asalnya, virus-virus yang menyebabkan selesema biasa, menyerang lapisan dalam hidung dan sinus menyebabkan bengkak dan menyempit.
``Badan juga bertindak balas terhadap virus dengan menghasilkan lebih banyak mukus. Ini menyebabkan hidung tersumbat dan nanah terkumpul di dalam sinus yang bengkak,'' kata Dr. Amir Izwan.
Demam yang mula kebah tetapi kemudiannya bertukar melarat menjadi sebahagian tanda-tanda resdung akut.
Di samping itu, kesakitan di dalam bahagian dahi yang timbul semasa anda mencondongkan badan ke depan seperti waktu sujud juga boleh menjadi petanda.
Ditanya bagaimanakah caranya untuk membezakan di antara resdung, demam selesema biasa dan alahan hidung memandangkan ketiga-tiganya mempunyai gejala yang saling bertindihan, Dr. Amir Izwan menjelaskan:
``Jika pesakit demam dan mempunyai gejala berkaitan hidung seperti sakit muka dan hidung, keluar nanah berwarna kuning atau hijau daripada hidung atau kahak warna sama pada sebelah pagi, itu resdung.
``Apabila gejala-gejalanya berlaku lebih kerap ataupun jangkitan berpanjangan lebih daripada tiga bulan, resdung akut boleh menjadi kronik.
``Gejalanya mungkin tidak seteruk resdung akut namun, jika tidak dirawat boleh menyebabkan kerosakan kepada sinus dan tulang pipi sehingga memerlukan pembedahan,'' katanya.
Walaupun resdung tidak boleh menjadi kanser sehingga menyebabkan hidung rompong tetapi sebaliknya kanser boleh memperlihatkan gejala-gejala seperti penyakit itu.
Sekiranya dibiarkan tanpa rawatan, resdung boleh mengakibatkan maut tidak langsung yang disebabkan oleh komplikasi pada otak pesakit.
Serangan resdung berulang-ulang juga boleh berlaku. Pesakit selalunya diberikan rawatan antibiotik untuk menyembuhkannya tetapi penyakit datang semula sebulan dua kemudian.
Puncanya mungkin disebabkan oleh faktor penyebab penyakit ini yang tidak dirawat sepenuhnya, lazimnya susunan tulang dalaman sinus yang tidak normal dan sempit. Dalam kes-kes begini, pembedahan endoskopi dilakukan.
Sekiranya gejala resdung masih berterusan, kaedah baru ini akan dilakukan di mana rongga-rongga sinus terlibat akan dibuka menggunakan alat-alat khas di bawah penglihatan kamera skop.
Pembedahan sinus endoskopi ini sama sekali tidak memerlukan belahan pada kulit kerana segala prosedurnya dilakukan di dalam rongga hidung.
Ini berbeza dari kaedah lama pembedahan di mana belahan terpaksa dibuat di sekeliling kawasan hidung.
Pun begitu, gejala alahan hidung masih boleh terjadi selepas pembedahan dan hanya dapat dikawal melalui penggunaan ubat-ubatan.
``Justeru, adalah sangat penting bagi para pesakit untuk mengekalkan pengambilan ubat-ubatan antialahan selepas pembedahan,'' kata Dr. Amir Izwan.
Tambahnya, cara terbaik untuk mencegah serangan resdung ialah dengan merawat gejala-gejala hidung dengan segera sebelum ia melarat.
Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.

Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.

Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah

Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.

Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.

 
 

PANDUAN PEPERIKSAAN MEMASUKI PERKHIDMATAN PENOLONG PEGAWAI KAWALAN TRAFIK UDARA GRED A29

ARAHAN KEPADA CALON
1.
Pada hari peperiksaan calon perlu membawa:
a.
Surat Panggilan Menduduki Peperiksaan
b.
Kad Pengenalan
c.
Alat tulis; pensel 2B, pen, pembaris, pemadam dan peralatan lain yang
difikirkan perlu.
2.
Calon mesti berada di pusat peperiksaan
tiga puluh (30) minit
sebelum Peperiksaan
dimulakan.
3.
Calon mesti mematuhi arahan Ketua Pengawas.
4.
Calon dilarang berkomunikasi sesama sendiri. Angkat tangan jika ada masalah atau
pertanyaan.
5.
Calon hanya boleh meninggalkan Pusat Peperiksaan tiga puluh (30) minit selepas
peperiksaan dimulakan.
6.
Calon mesti kenal pasti pusat peperiksaan sehari sebelum
hari peperiksaan.
7.
Calon mesti berpakaian kemas, sopan dan tidak menjolok mata.
8.
Calon hanya dibenarkan meninggalkan pusat peperiksaan apabila diarah oleh Ketua
Pengawas.
 
PANDUAN UMUM KEPADA CALON
Ujian khas ini mengandungi
dua (2)
Bahagian iaitu :
Bahagian I
-
Ujian Psikologi
Bahagian II
-
Kecenderungan
 
BAHAGIAN I
Sahsiah
BAHAGIAN II
Seksyen A
-
Pengetahuan Am
Seksyen B
-
Daya Menyelesaikan Masalah / Mathematics and Problem Solving
Seksyen
C
-
Kefahaman Bahasa Inggeris
 
 
BAHAGIAN I
 
Mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi,
toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.
Masa
:
40 minit
Soalan
:
185 (aneka pilihan)
 
BAHAGIAN I

SEKSYEN A
PENGETAHUAN AM
Ujian ini mengandungi 50 soalan berbentuk aneka pilihan.Soalan -soalan yang dikemukakan
adalah berkenaan perkara berkaitan dengan air safety hal ehwal semasa, politik, sosial, sains teknologi, sukan, ekonomi dan lain -lain perkembangan.
Masa:
40 minit
Soalan
 
50 soalan aneka pilihan
 
 CONTOH SOALAN
:
Lapangan
Terbang Antarabangsa Senai juga dikenali sebagai
A.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Petra
B.
Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail
C.
Lapangan Terbang
Antarabangsa Sultan Azlan Shah
D.
Lapangan Terbang Antarabangsa Tengku Ibrahim
SEKSYEN
B
DAYA MENYELESAIKAN MASALAH / MATHEMATICS AND PROBLEM
SOLVING
Ujian ini mengandungi
40
soalan berbentuk aneka pilihan.
Seksyen ini bertujuan menguji kebolehan
daya menyelesaikan masalah, kecekapan
memahami permasalahan dan menguji kebolehan calon membezakan antara pertalian dan
simbol abstrak. Seksyen ini akan diuji di dalam Bahasa Inggeris.
Masa
:
45
minit
Soalan
:
40
soalan aneka pilihan
CONTOH SOALAN
:
If 16 X 16 X 16 = 8 X 8 X P, then P = ?
A
4
B
8
C
48
D64
 
 
 
SEKSYEN C
KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS
Aspek yang diukur ialah:
(i)
Kemahiran memindahkan maklumat;
(ii)
Kefahaman
(iii)
Kemahiran tatabahasa dan kosa kata
Masa
:
30 minit
Soalan
:
25
soalan aneka
pilihan
CONTOH SOALAN
:
Choose the statement that best explains the sign.
A
Please remove your shoes before entering
.
B
Please leave your belongings at the security before entering.
C
You are not
allowed to shop here.
D
You are not permitted to smoke here.
NOTA
:
Hanya calon yang
LULUS
Bahagian I dan II (Bertulis) akan dipanggil menduduki Bahagian
III (Ujian Lisan).
BAHAGIAN II
I
ORAL COMMUNICATION (APPTITUDE TEST)
Ujian ini bertujuan untuk
menguji kebolehan seseorang calon untuk membaca dan
memahami maksud perkataan dan idea yang berkaitan dengannya.
Ujian ini mengandungi 3 set soalan iaitu :
i.
Set A
ii.
Set B
iii.
Set C
iv.
Ketiga
-
tiga set adalah berkenaan dengan perhubungan lisan (Oral Communication
). Ianya
juga adalah untuk menguji kebolehan seseorang calon bertutur dalam Bahasa Inggeris
dengan lanc
a
r dan fasih. Ini adalah untuk memastikan bahawa calon
-
calon mempunyai
suara yang terang dan tegas supaya juruterbang dapat memahami arahan
-
arahan dengan jelas

Rindu nak menulis..

Hmm beberapa hari agak sibuk dengan pelbagai aktiviti di pejabat..petang ni baru berkesempatan nak menulis..rindu meluap2 nak menulis kat blog tapi tahan je..bile tengok keje atas meja mnggunung tibe2 je jd down..Hari rabu lepas terpaksa outing ke Kuala Lumpur..terpaksa okeyy..huhu..nak dengan taknak je pergi..adoiii..pening kepala dengan pelbagai urusan..

Bertolak ke Kuala Lumpur hari rabu..atas urusan Persidangan LKTN dan Majlis makan malam 40 tahun LKTN, majlis ni buat kat Hotel Istana dekat Bintang Walk....agak sibuk penuh dengan tekanan tapi buat xtau je..for fun gitu..ececehh..

Majlis berjalan dengan penuh kesederhanaan macam2 dugaan yang hadir..mana tak nyer..last minute preparation..dengan pelbagai karenah..lawak pun ader..tekanan lagi ler.

Tapi sy xterlibat sangat dengan majlis persidangan tu..sy actually urusetia majlis makan malam tu..hoho kalau nak cerita memang panjang..lotih jari ni haa..Conclude ok lerr..walaupun semua tergesa2..tapi dapat sedikit pujian la..Entahla..bagi saya pujian tu sekadar nak membangkitakan semangat je..yelar..semua tau kot kekalutan disebalik tabir tuu..haha.. nak tercabut kain tekejar2 sana sini..agak2 turun kot sekilo lemak kat badan ni hahaha..





Tuesday 19 November 2013

Khasiat Bawang Puteh

Manfaat Bawang Putih
Nilai Kandungan Gizi Bawang Putih Mentah per 100 g (3.5 oz)

  • Energi 623 kJ (149 kcal)
  • Karbohidrat 33,06 g
  • Gula 1.00g
  • Diet serat 2,1 g
  • Lemak 0,5 g
  • Protein 6,39 g
  • Beta-karoten 5 mg (0%)
  • Thiamine (Vit. B1) 0,2 mg (15%)
  • Riboflavin (Vit. B2) 0,11 mg (7%)
  • Niacin (Vit. B3) 0,7 mg (5%)
  • Asam pantotenat (B5) 0,596 mg (12%)
  • Vitamin B6 1,235 mg (95%)
  • Folat (B9 Vit.) 3 mg (1%)
  • Vitamin C 31.2 mg (52%)
  • Kalsium 181 mg (18%)
  • Zat Besi 1,7 mg (14%)
  • Magnesium 25 mg (7%)
  • Fosfor 153 mg (22%)
  • Kalium 401 mg (9%)
  • Sodium 17 mg (1%)
  • Seng 1,16 mg (12%)
  • Mangan 1,672 mg
  • Selenium 14.2 mg
Sumber: USDA Nutrient database

Nah, setelah anda mengetahui kandungan yang terdapat dalam baunya bawang putih, maka Anda perlu tahu juga apa saja manfaat dan khasiat bawang putih. Berikut ini penjelasannya.

1. Mencegah kanser

Bawang putih mengandung antioksidan yang dapat membantu mencegah kanker. Jika Anda adalah perokok berat, Anda boleh mengunyah bawang putih mentah untuk melindungi tubuh dan mencegah kanker.

2. Anti Radang

Bawang putih mengandung anti-peradangan. Sehingga jika Anda mengalami demam, atau sakit tenggorokan, cukup hanya mengunyah bawang putih dan hasilnya tenggorokan Anda akan segera kembali fit.

3. Anti Bakteri

Bawang putih juga merupakan anti-bakteri yang baik. Apabila Anda mengalami infeksi pencernaan, maka campurkan cacahan bawang putih mentah di dalam salad. Pencernaan Andapun akan semakin lancar.

4. Menyuburkan rambut

Bawang putih dapat mengatasi masalah kerontokan rambut. Dengan kandungan Allicin yang tinggi, mirip senyawa belerang yang ditemukan pada bawa merah, yang dipercaya efektif untuk mengatasi masalah rambut rontok. Gosokkan irisan siung bawang putih pada kulit kepala lalu pijat-pijat untuk mendapatkan hasil yang maksimal. Bisa juga bawang putih ditambahkan minyak, lalu dipijatkan ke kepala.

5. Membersihkan jerawat

Mungkin tidak ditemukan sebagai bahan utama dalam obat jerawat yang ada di apotek, tetapi bawang putih merupakan obat alami yang mampu mengusir jerawat karena mengandung antioksidan yang dapat membunuh bakteri. Gosokkan satu irisan bawang putih pada jerawat di wajah perlahan-lahan.

6. Mencegah dan mengubati flu

Dengan kandungan antioksidan di dalamnya, menjadikan sistem imun tubuh manusia mendapatkan manfaat jika bawang putih secara konstan di masukkan dalam menu sehari-hari. Jika flu menghampiri, cobalah menyeruput teh bawang putih : masukkan irisan atau cincang halus bawang putih dalam air panas untuk beberapa menit kemudian saring. Teh siap diminum. Dapat juga ditambahkan sedikit madu atau jahe untuk menambah rasa.

7. Menyembuhkan penyakit kulit

Karena telah terbukti memiliki khasiat anti radang, bawang putih berguna mengurangi terjangkitnya penyakit kulit. Coba olesi sedikit minyak bawang putih di area yang terinfeksi untuh hasil kulit yang lebih halus.

8. Mengawal berat badan

Ahli gizi Cynthia Sass menyebutkan penelitian pada tikus yang makan bawang putih menunjukkan adanya pengurangan berat badan dan penyimpanan lemak. Cobalah untuk memasak setiap dengan menggunakan bawang putih menghasilkan makanan yang lezat dan pinggang yang ramping.

9. Mengatasi Keracunan

Antioksidan yang terkandung di dalam bawang putih juga mampu membantu mengusir racun dari dalam tubuh. Manfaat ini tak hanya baik untuk kesehatan, namun juga dapat membantu memperlambat penuaan dini.

10. Meredakan Nyeri

Jika Anda menderita arthritis, hancurkan bawang putih mentah kemudian kompreskan pada bagian lutut atau tulang yang nyari. Bawang putih akan meredakan nyeri tersebut.

11. Pertolongan Pertama Keracunan Merkuri

Keracunan akibat merkuri atau arsenik juga dapat diringankan dengan mengonsumsi bawang putih mentah. Namun, pertolongan ini hanya berfungsi sebagai pertolongan pertama saja. Segera dapatkan perawatan intensif dari dokter jika Anda mengalaminya.

12. Menyembuhkan luka serpihan

Menempatkan sepotong bawang putih di atas luka serpihan kaca kemudian menutupinya dengan balutan perban merupakan obat tradisional yang telah lama digunakan oleh sebagian masyarakat. Para blogger meyakini akan hal tersebut sampai sekarang.

13. Menghilangkan Gatal Akibat Jamur

Dengan sifat anti-jamurnya, bawang putih dapat menjadi obat mujarab bagi atlet untuk menghilangkan rasa gatal di kaki. Rendam kaki dalam bak berisi air hangat dan cincangan bawang putih.

14. Mengusir Nyamuk

Salah satu penelitian di India menemukan bahwa orang-orang yang menggosokkan ramuan bawang putih di lengan dan kaki mereka, tidak terganggu oleh binatang penghisap darah tersebut. Buatlah larutan minyak bawang putih, minyak jeli dan lilin lebah atau tempakan sesiung bawang putih di tempat tertentu sebagai penangkal nyamuk.

15. Menyembuhkan sariawan

Menurut situs ECOSALON, bawang putih mengandung suplemen yang dapat membantu proses penyembuhan pada masalah sariawan . Dengan adanya sifat alami anti-inflamasi membantu mengurangi rasa sakit dan pembengkakan.

16. Zat Perekat Alami

Pernahkah Anda memperhatikan bagaimana lengketnya jari Anda setelah memotong bawang putih? Bawang putih mengandung bahan perekat alami yang berkualitas dimana banyak orang meyakini dan menggunakannya untuk memperbaiki keretakan pada benda kaca. Hancurkan beberapa cengkeh dan beberapa siung bawang putih kemudian oleskan bahan tersebut ke bagian yang akan direkatkan.

17. Mengusir Hama Tanaman

Hama tanaman tidak suka bawang putih. Gunakanlah pestisida alami yang terbuat dari bawang putih, minyak mineral, air, dan sabun cair. Tuang ke dalam wadah penyemprot dan semprotkan ke tanaman.

18. Campuran Umpan Pancing

Bagi anda yang suka memancing, gunakanlah bawang putih sebagai campuran umpan. Ikan sangat tertarik denga aroma bawang putih yang ditautkan pada umpan.

19. Melancarkan Peredaran Darah

Mengunyah bawang putih merah juga dapat membantu memperlancar peredaran darah dan membuka pembuluh darah yang tersumbat.

20. Mengatasi Diabetes

Apabila Anda menderita diabetes, bawang putih juga baik untuk membantu mengontrol jumlah kadar gula di dalam darah.

Manfaat bawang putih yang disebutkan di atas hanya sebagian kecil saja dari 1001 khasiat yang terkandung pada bawang putih. Mengingat banyaknya manfaat dari si putih ini, ada baiknya kita selalu menyimpan persediaan bawang putih di dapur. Tidak perlu khawatir membusuk, karena bawang putih termasuk bumbu dapur yang tahan lama asalkan disimpan di tempat yang kering.

Hidup Tanpa Agama ! Kembali Pada Fitrah

“Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa Iman manusia sengsara
Tanpa ukhwah manusia terseksa”

Demikianlah, sedikit sebanyak serungkap kata permulaan bagi “entry” kali ini. Lirik lagu yang bertajuk “Tanpa Agama” yang dinyayikan oleh kumpulan nasyid Raihan menjadi pembuka minda kita untuk kali ini untuk sama-sama kita berfikir sejenak, mengimbau perilaku diri dan mengenang diri kita. Allahuakbar, penulis tidak dapat membayangkan sekiranya manusia ini hidup tanpa akidah mahupun pegangan agama yang satu. Barangkali kita mungkin akan berada di zaman pemerintahan yang zalim iaitu Firaun yang penuh keangkuhan sehingga sanggup menggelarkan dirinya sebagai Tuhan.
 
 
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)
 dari kesesatan (kufur)..." Surah al-Baqarah 2:256

Tanpa Agama Manusia Binasa
Percayalah tanpa agama manusia akan binasa, jika tidak ada asas akidah yang kukuh, keimanan tegar dengan berpaksikan roh agama yang satu serta mentauhidkan  ALLAH iaini Tuhan yang satu. Hidup manusia akan menjadi haru biru, tiada arah tujuan, malalui rona kehidupan dengan penuh kejahilan, melakukan perkara-perkara sesuka hati tanpa memikirkan kesan yang akan berlaku dan menimpa diri mereka sendiri. Dengan wujudnya agama, ia menjadi panduan dan penyuluh hidup bagi manusia di muka bumi. Apakah panduan itu!. Fikirkan sendiri
Kembalilah kepada Fitrah kita iaini Islam

Pada zaman keangkuhan Firaun, Allah mengutusakan nabi Musa a.s untuk berdakwah membawa peringatan kepada Firaun yang penuh keangkuhan diri, hati yang sudah ditutupi, seraya itu dengan penuh kesombongan menolak ajaran nabi Musa a.s sehingga wujudnya perancangan untuk membunuh baginda. Kuasa ALLAH swt, perancangan mereka tidak berjaya dan digagalkan oleh ALLAH swt, nabi Musa terselamat bersama kaumnya yang setia manakala Firaun dan pengikutnya menerima bencana dan bala dari ALLAH swt diatas kesombongan mereka ini kerna menolak ajaran nabi musa a.s. Pelbagai lagi kisah-kisah para rasul dan anbia termasuklah Rasul junjungan mulia iaini Muhammad saw yang bersungguh-sungguh, mengorbankan perjalanan kehidupan mereka sebagai manusia biasa seperti kita, membawa sinar dan harapan untuk umat mereka supaya mana hidup umat mereka ini tidak terus berada didalam kebinasaan dan kegelapan hidup.

Bagi umat Islam, umat akhir zaman, kita mendapat panduan dan pegangan kita yang menjadi peninggalan dan warisan nabi ALLAH Muhammad saw, sebagai penyuluh hidup, penyelamat diri dari kehidupan yang sia-sia dan penuh dengan tipu daya duniawi yang menjadi tempat peninggalan sementara di muka bumi ini. Tiada agama yang diterima ALLAH melainkan Islam. Harus juga diingat, Nabi berpesan juga kepada kita yang mana kita tidak akan sesat dan terpesong arah kehidupan seandainya kita berpegang pada kitab al-Quran dan sunnah Baginda saw.

"Oleh itu, berimanlah kamu kepada Allah. dan kepada Rasul-Nya serta kepada perancangan cahaya al-Qur'an - yang Kami turunkan, Dan ingatlah, Allah Amat mendalam pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan." Surah al-Taghabuun 64:8

Sesunggah Deen di sisi ALLAH hanyalah ISLAM
Oleh yang demikian, dalam kehidupan ini, manusia memerlukan penyuluh hidup sebagai panduan dalam menongkah arus kehidupan dimuka bumi ini yang mana ia berasaskan kepada iktiqad seseorang kepada Pencipta yang tiada perbandingan kuasaNYA. Akidah Islam menjadi pengatur cara kehidupan kita yang mana ada perumpamaan yang menyebut

“Akidah ini ibarat akar tunjang pada sebatang pokok, apabila akarnya kuat maka pohon itu akan tetap teguh sekalipun dilanda dengan ribut taufan yang sangat kencang dan kuat...”

Apa itu akidah ?

Barangkali para pembaca sekalian lebih arif dan memahaminya lebih dari diri penulis sendiri, tapi hakikat manusia ini seharusnya saling ingat mengingati antara satu sama lain sejajar dengan perintah ALLAH swt di dalam al-Quran dan disamping ajaran Baginda Muhammad saw, penulis ingin memperingati diri penulis sendiri yang Imannya masih lagi rapuh, keluar masuk dan penuh dengan dosa dan sebagainya, mudah-mudahan ALLAH mengampuni dosa diatas perbuatan kita selama mana kita hidup dimuka bumi ini, Insya ALLAH. Asbab menjadikan medium blogger ataupun ruangan maya ini sebagai pentas untuk kita untuk menyampaikan sesuatu yang baik dan berguna bukan sahaja untuk diri kita malah untuk orang lain.

Ibnu Taimiyah mendefiniskan akidah ini sebagai perkara yang dibenarkan oleh jiwa, malah hati menjadi kian tenang dengan perkara tersebut yang mana beroleh keyakinan para ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang keraguan. Manakala Imam Ghazali pula menyatakan akidah ini sebagai berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa sebarang keraguan.

Dalam konteks akidah ini kita dapat memahami ia merupakan sebuah kepercayaan yang utuh lagi tebal yang terbenam di dalam jiwa malah dengan wujudnya keyakinan diatas pegangan seseorang itu, maka tidak timbul perasaan syak-wasangka, was-was mahupun keraguan yang menjadi aspek keteguhan dalam nilai kehidupan seseorang itu.

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayal-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
Surah al-Anfaal 8:2

Jesteru itu, apabila pegangan yang benar dan betul yang menjadi panduan kehidupan manusia, manusia itu sendiri akan merasa lebih tenang jiwanya serta yakin akan peganganya. Ini terhasil dengan cahaya Islam yang datangnya dari Pemilik dan Pencipta manusia itu sendiri iaini ALLAH swt dan diperkukuhkan dengan dalil yang pasti dan benar dari baginda Muhammad saw iaini bersumberkan al-Quran dan sunnah Baginda saw.


Penulis menyeru, agar kita sama-sama menilai balik, menghisab diri kita selagi mana kita diberi peluang olehNya untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan yang mana kita tidak mengetahui bila tibanya akan kematian kita, bila tibanya akan hari penghujung dunia iaini akhirat.  Akar umbi permasalahan umat masa kini adalah keteguhan akidahnya, oleh kerana mehnah kehidupan yang gagal dikawal dan diperbetulkan, makanya banyaklah berlaku perkara-perkara yang membutakan hati manusia itu sendiri, penyelewangan, salah laku moral anak muda Islam, kerakusan hati dan jiwa yang penuh dipengaruhi nafsu yang durjana selain usaha syaitan yang terus menghasut manusia ke lembah kegelapan hidup dan sebagainya. 

Manusia membiarkan minda mereka terus dijajah oleh sihir media-media barat dengan amal budaya yang menjauhkan manusia dari terus mengingati Tuhan mereka, lalai dalam tindak tanduk dan perilaku mereka, oleh kerana itu,,, mereka si kafir durjana ini mengambil kesempatan dari kelalaian kita. Hanya tinggal sahaja bagi mereka menghimpunkan kita ini dengan memperkotak katikan iman kita, akidah kita sebelum kedatangan tuan mereka iaini Dajjal di akhir zaman nanti. Persoalannya, sudahkan kita bersedia menghadapinya dengan akidah yang sedemikian rupa. Allahuakbar, penulis memperingati dirinya sendiri agar kita kembali kepada fitrah kita iaini Islam yang penuh bercahaya. 

Ayuh kita tingkatkan amal kita, mintalah kekuatan dari ALLAH agar Iman kita dipelihara olehNya, hati kita hanya dikuasai ALLAH swt dengan cahaya hidayah dan petunjukNya. Moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan keizinan dan kekuatan dari ALLAH swt. Bersyukurlah kita kerna dilahirkan di dalam Islam, bayangkan bagaimana kehidupan manusia ini tanpa agama, kebinasaan pasti menjadi sebuah kabus yang menyelebungi dan membinasakan diri sendiri ... wallahualam

Monday 18 November 2013

Ayat Suci Al-Fatihah

AL-FATIHAH

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all
the time :
* Read the Al-Fatihah 14 times before going to sleep.

2. For terminal diseases:
* Read the Al-Fatihah 41 times and blow it in the water. Drink and take
a bath with that water.

3. For the mentally ill:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once
in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain:
* Read the Al-Fatihah 3 times and blow it in a glass of water and
drink it.Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in
pain.

5. For babies who cry at night or at any time:
* Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the baby's head.

6. For injury : ex: Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by
the door
* Read the Al-Fatihah 3 or 7 times, using your thumb, take your
saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the
injured area.

All of the above INSYAALLAH will work with several conditions:
* Believe that the Al-Fatihah is the best "penawar" for everything
* Read it with full "khusyuk"
* Tawakal to Allah
* Use it with GOOD "niat" /intentions.

Untuk yg berhajat: (percepatkan jodoh, memanjangkan jodoh,
dikurniakan cahaya mata, sembuhkan penyakit, elakkan dari
malapetaka, diampunkan dosa dan sebagainya):

* Dilakukan pada hari Jumaat selepas sembahyang Asar sehinggalah
masuknye waktu Maghrib.
* duduk menghadap kiblat
* lakukannye dgn khusyuk dan yakin yg Allah akan membantu kita
* Baca lah Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Allah berulang-ulang sepanjang-
panjang kita duduk selepas sembahyang asar sehinggalah masuknya
waktu maghrib.
* Masuk sahaja waktu Maghrib, di kala the first "Allahuakbar"
dilaungkan, teruslah angkat tangan dan berdoa kepada Allah yang
MAHA berkuasa dgn apa yg dihajati.
* Buat sebanyak 3 Jumaat berturut turut.

Mintaalah yang baik baik. Niat biar baik. InsyaAllah akan dimakbulkan
oleh Allah. Wallahualam.



Untuk awet muda both internal & external.
1.Zikir - Baca
" Ya Badiyah " 1 x
" Ya Nur " 1 x
" Ya Hadi " 1 x
" Ya Allah " 3 x

Baca dan tiup ke tapak tangan dan sapu ke raup muka kita pada tiap
hari.

2.Baca ayat Al Waqiah , ayat ke 35,36,37 dan 38, pada tiap selepas
sembahyang subuh ke air dan minum. (air rawatan dalaman to look
young and feel young inside)

3.Baca Al Waqiah tiap tiap hari sebelum tidur kita akan kaya dengan
ketenangan jiwa.

4.Baca Al Waqiah Ayat 19 untuk yang selalu sakit kepala. Moga-moga
boleh menghilang/meredakan.

Cara Diet Berkesan

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka

yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. KEKERAPAN

Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. SAMPINGAN

Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-
gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. PENGAMBILAN MAKANAN BEREMPAH

Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. PILIHAN BIJIRAN DAN KEKACANG

Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. CARA MEMASAK

Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus
memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. PEMILIHAN

Ketika memilih piring makanan, ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran
dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sebarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. BERJALAN

Selain memberi peluang makanan untuk turun, kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan
membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. RANCANG PERBELANJAAN

Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak.
Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. LAKUKAN LATIHAN

Untuk mengempiskan perut, gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan
dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat,

kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan

otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.