Wednesday 28 May 2014

Kesian diriku..

perasaan cepat kesian dan mudah bersimpati selalu memakan diri sendiri, diri sering diperbodohkan dan dipergunakan walaupun hati sering dilukai berulang-ulang kali akibat perbuatan manusia namun hati tetap mahu memaafkan..
kerna ku tahu Allah pasti akan mendengar doa2 mereka yg sering dianiaya..doaku semoga Allah memberikan mereka hidayah agar mereka mnyedari kesilapan yg dilakukan serta kembali bertaubat..amin..
*what u do, u will get back*

Tuesday 6 May 2014

Kosong

Kisah benar..

Kisah seorang anak gadis yang dari kecil tidak pernah mendapat kasih sayang seorang ayah.. hari2 hidupnya sendirian.. cuma ada mndapat kasih sayang seorang ibu dan adik2.. kehadiran dalam keluarga seperti tidak wujud.. apa yang dilakukan semua tidak betul.. die sendiri tidak tahu apa salahnya.. sampaikan ayahnya tidak bercakap dengan nya.. jika dihitung.. sudah 14tahun tidak bercakap.. kalau berkomunikasi pun.. cuma sepatah dua saja.. itu pun yang penting sahaja.. puas die berfikir.. apa salahnya.. kenapa jadi begini.. Adakah ayahnya terlalu berharap anak lelaki mnjadi anak sulung.. tiba2 perempuan..
Hidupnya sangat berdikari.. sedih bukan kepalang.. hari2 mendengar.. melihat cerita gurauan kawan dengan ayah masing2.. cerianya.. bahagianya mereka.. tapi alia?? Hidupnya cuma ada ibu.. tapi ibunya.kadang2 berpihak padanya.. kadang2 tidak.. tekanan mula menguasai diri..

Alia mendapat keputusan Spm.. Alia mnunjukkan kptusan itu pada ibunya.. Ayahnya lansung tidak peduli.. malahan disindirnya..  Alia tidak dapat menahan rasa sedih.. mngalir juga airmata itu.. cuba diseka agar tidak menitis didepan ibunya..

## Alia mendapat tawaran menyambung pelajaran ke IPTA.. sepanjang Alia mnyambung pelajaran.. ayahnya tidak pernah sekalipun menelefonnya bertanya khabar.. hanya ibu dan datuknya sahaja yang selalu bertanya khabar dan mengirimkan sedikit wang..
Alia seorang yang bijak.. seorang yang berani.. pandai berdikari.. die tidak suka susahkan orang lain..

## Masuk musim praktikal.. ibu Alia meminta agar anaknya itu balik ke kg halaman dan mnjalani praktikal di kampung.. demi ibu tersayang.. die turuti.. tapi..
Jika hari2 nya susah die sedikit pun tidak kisah.. tapi die tidak dapat menahan kesedihan.. hari2 berhadapan dengan seorang ayah kandung yang sangat membencinya.. bila Alia bercerita pada orang lain akan kisah hidupnya.. semua orang akan bgtau benda yang sama '' cuba tegur ayah.. cuba bergurau.. seburuk mana pun..die tetap ayah kau.. tapi.. orang cuma mendengar..die tidak merasa seperti Alia rasa.. cuba bercakap.. tidak dilayan.. cuba bersalam.. disambut tidak acuh.. apakah silapnya.. adakah ayahnya terlalu egois..

##Ada satu hari.. Alia bangun pkul 5.30 pagi.. bersiap awal untuk ke tempat praktikal.. bangun awal kerana perlu menunggu bas pkul 7pagi.. Alia terpaksa berjalan keluar dari rumah ke jalan raya besar.. ambik masa berjalan dalam 15minit.. Tapi pagi itu.. hujan dengan lebatnya turun.. Alia mulai risau.. pukul 6.30 pagi.. hujan masih belum reda.. Keresahan kian terasa.. Alia merasa takut lambat sampai.. rupanya keresahan Alia dikesan oleh ibunya.. Alia duduk termenung dibirai katil.. diam membatu disitu.. menunggu hujan reda.. jam ditangan ditoleh sambil mulut tidak berhenti berdoa agar hujan reda.. pukul 7.50 hujan masih belum reda.. Berpeluh Alia dalam kerisauan..
Tiba2.. berbunyi suara si ibu... menberitahu pada si ayah.. supaya menghantar si anak ke tempat pratikal.. dengan laju si ayah menjawab.. '' PERGILA JALAN KAKI TUNGGU BAS DIDEPAN.. Alia dengan sebak yang tidak terkata.. mengambil payung yang tersangkut dipintu..tangan ibu dikucup sayu.. Alia mula berjalan laju dalam hujan yang agak lebat.. jam ditangan pukul 7.30.. Alia masih ada masa 30min tuk sampai.. menunggu bas ditepi jalan dgn airmata tidak berhenti mengalir.. Alia sampai ke tempat praktikal pkul 8.15min..naseb nasib baik bos belum sampai.. Hari2 kehidupan Alia penuh dengan kesedihan....

Bersambung....

Pahala free.. jom pm..

Orang yang mengumpat.. menghina.. mencaci orang lain ni sebenarnya menagih pahala free.. teramatlah kasihan..

Monday 5 May 2014

Hidup tanpa pegangan agama umpama layang layang tanpa tali.. bebas terbang.. umpama rumah tanpa tiang yang kukuh.. ditiup angin roboh

Besar tanggungjawab bila bergelar seorang ibu dan ayah ni.. tapi bila tanggujawab tu mula berkurang.. rosak la keluarga itu.. tanggungjawab mula bertukar.. rasa hormat kian hilang.. ape nak jadi? Yang membantu dipersalahkan.. yang ketua lepas tangan..

Bersyukur la selalu..

Janganlah terlalu bangga dengan apa yang kamu miliki.. kerana satu saat nanti semua itu akan hilang darimu..

Jika kamu memandang hidup dengan rasa syukur.. hidup ini akan terasa indah walau kamu bukan orang kaya.

Ais


Ramai org kata x elok minum ais, lebih elok minum air panas.. Namun, sedarkah kita, Nabi Muhammad SAW melarang kita mengambil makanan dalam keadaan yang panas. Akhirnya kini fakta terbaru kebaikan AIS yang tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia.

Teruskan membaca untuk lebih memahami.

Percayalah kepada Al-Quran dan Al Hadis.. kerana kita tidak akan tersesat selagi berpegang pada keduanya.

~ Rahsia dan Kelebihan Di Dalam Ais

“Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia”. Jangan ingat minum ais tu tak elok untuk kesihatan. Sebenarny ada kebaikan didalam keburukan.

Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bakteria lebih agresif dan cepat membiak. Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas. Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

Membenarkan anak mengunyah ais akan menguatkan giginya dan memberi kanak-kanak makan ais krim secara perlahan-lahan dan berterusan boleh menghilangkan batuk dalam masa beberapa jam. Mengambil ubat batuk biasanya akan mengambil masa satu minggu untuk melegakan batuk secara total. Air sejuk juga akan menguatkan tulang bayi. Ia akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan berbagai penyakit alahan dan jangkitan.

Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan. Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat orang yang telah hilang seperti pengsan, gila dan koma kembali sedar.

Membiasakan diri mengunyah ais akan meningkatkan kecerdasan fikiran dan kepantasan pergerakan. Ais amat diperlukan oleh mana-mana atlit sukan dalam kecederaan yang tidak disangka-sangkakan. Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi oleh bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

Air sejuk juga adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang telah patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam. Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat. Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh. Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan urik asid akan meningkatkan suhu tulang dan melemahkan struktur tulang.

Adalah makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang telah terkena panas cahaya matahari yang pastinya akan mengganggu sistem deria pada kulit. Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti oleh pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai oleh unsur-unsur spiritual yang jahat. Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia amat berkesan meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semulajadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk. Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Adalah menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur-unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk di awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.


Saturday 3 May 2014

Sabar itu indah

Yea.
Sabar itu indah.. namun indah itu akan datang selepas kita merasa pahitnya..
Selagi kita boleh sabar.. kita harus sabar..

Muhasabah diri

Janganlah engkau bersedih dengan rupa parasmu.. kita semua datang dari Allah swt dan akan kembali padaNya Jua.. sesungguhnya Allah swt menilai amalanmu bukan rupa parasmu..

Kehidupan yang abadi

Kita megah dengan hidup sekarang.. mewah dengan kereta.. kaya dengan harta.. yakin dengan wang yang banyak.. hanyut dengan duniawi.. lupa akan asal usul.. dari mana datangnya engkau.. ingatlah.. hidup didunia ini hanya sementara.. kita cuma pelakon yang melakonkan pelbagai watak di atas pentas dunia yang dinamakan bumi.. setiap watak diberi penilaian.. beraksi dengan pelbagai watak sementara menunggu kehidupan yang abadi nanti.. kehidupan yang dijanjikan untuk semua kelak..

Redha itu ikhlas pasrah itu menyerah

Setiap orang MAMPU BERUBAH..malah jauh lebih baik dari apa yang kita sangkakan..

Perubahan seseorang mempengaruhi situasi.. teguhkan iman.. kuatkan semangat.. kau mampu merubah segalanya.. pedulikan kata org..yang penting KEIKHLASAN.. NIAT MESTI BETUL..
INsyaAllah 

Kekuatan..

Apapun yang kau lakukan.. jangan pernah gentar dengan celaan.. hinaan orang.. tetapkan niatmu.. tabahkan hatimu.. kuatkan imanmu.. tetaplah pada jalan yang benar.. Sebaik2 perancangan adalah drpmu Ya Allah.. padamu jua aku berlindung dan padamu jua daku bersujud..

Allah...Allahuakbar..

Ya Allah..ampunilah kesalahan kami ya Allah..Anugerahkanlah kepada kami kehidupan dan kematian yang baik serta kami meminta kepadamu sebaik2 usia..
Aminn ya RabbalAlamin..
◇◇ Subhanallah..Maha suci Allah

Kehidupan..

Hal-hal sulit mendatangkan pengalaman.. dan pengalaman itu mendatangkan kebijaksanaan..

Sebaik2 perancangan.. adalah perancangan Nya..

Perasaan syg tu subjektif kan...♡

Thursday 1 May 2014

Makang2.. Makang sekak2 nok

Demi tugas.. walau hati xsenang terpaksa jugak pegi.. naseb sehari je.. kalau bnyak hari.. potong jari xpegi.. ye laa.. hati duk pikir adik dlm wad..
# pegi sehari pun dan2 lg makan best hahaha....sape pernah pegi makan kat restoran steamboat kat bandar ganu tu?? STEAMBOAT ni bnyak panggilan..ade org pnggil chimchum.. ala sama la tuww.. yang pasti sedap.. kalau boleh hari2 nak makan..
Yeaayhhhh...kredit to someone..bila nak belanja???janji mesti ditepati okeh..

★★♡♡kalau korang pegi ganu.. pegi la kedai ni.. RESTOREN MAKANG SEKAK2 NOK..
nama pun dah unik kan..maksud die.. makan sampai2 mahu.. ecece..betul ke idok xtau ler..

Harga pun murah.. Rm20 je satu kepala.. korang ambik je bnyak mana nak.. tapi kalau xhabis nanti die cas pembaziran Rm5..hihi..Tapi malam tu.. kiteorg dapat harga mmber.. sbb tauke kedai tu mmber kiteorg hihi..