1)
Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda yang maksudnya, “Tidaklah salah seorang antara kalian yang
duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali
kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia, Ya Allah
sayangilah ia.’” (Sahih Muslim no. 469)
2)
Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah meriwayatkan dari Barra’ bin ‘Azib r.a
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah
dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada
saf depan.” (hadis ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih
Sunan Abi Dawud I/130)
3)
Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam seperti Imam Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban
dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah r.ha bahawa Rasulullah s.a.w
bersabda, maksudnya : “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu
berselawat kepada orang yang menyambung saf-saf.” (hadis ini disahihkan
oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272)
4)
Malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Jika seorang imam membaca...(ayat
terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'amin'
kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia
akan diampuni dosanya yang lalu."
5)
Orang yang tetap duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Kalangan malaikat akan selalu
berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat
solat, di mana ia melakukan solat."
6)
Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Kalangan malaikat berkumpul pada
saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai) pada malam hari (yang
sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat
pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit)
sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka; "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab; 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat
dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat,
ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
7)
Orang yang berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah s.a.w bersabda, “Kalau orang berselawat kepada ku maka
malaikat juga akan mendoakan keselamatan yang sama baginya untuk itu
hendaknya dilakukan, meski sedikit atau banyak." (HR Ibnu Majah dan
Tabrani).
8)
Orang yang mendoakan kebaikan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Doa seorang Muslim untuk
saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya
adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat
yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya
dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'amin' dan engkau pun
mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9)
Orang yang membelanjakan (infak) hartanya.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi
harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya,
satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi
orang yang berinfak..."
10)
Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan kalangan
malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11)
Orang yang sedang menziarahi orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin
menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat
untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan
di waktu malam hingga Subuh."
12)
Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya : "Sesiapa yang tidur dalam keadaan
suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan
bangun hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan
kerana tidur dalam keadaan suci."
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud :
"Jika engkau hendak ketempat tidur, hendaklah engkau berwudhuk
sepertimana wudhuk untuk menunaikan solat, kemudian berbaring kekanan
dan membaca : 'Ya Allah, ya Tuhanku aku serahkan diriku kepada-Mu dan
aku hadapkan wajahku kepada-Mu, aku serahkan perkaraku kepada-Mu,
lindungkan belakangku kepada-Mu kerana suka dan takutku kepada-Mu. Tidak
ada lindungan atau benteng melainkan kepada-Mu, aku percaya dengan
kitab-Mu yang engkau turunkan kepada Nabi-Mu yang engkau utuskan, dan
jadikan semua itu penghabisan apa yang engkau katakan". (Hadis Riwayat
Imam Bukhari dan Imam Muslim)
Allahu'alam, selain 12 golongan di atas, ada lagi beberapa
golongan yang juga mendapat doa dari para malaikat seperti yang
dinyatakan di dalam hadis Nabi s.a.w. semoga kita termasuk dikalangan
orang2 yang didoakan oleh malaikat. Insya Allah.