Memang tidak dinafikan, ramai yang dah tahu keburukan memakan mee segera tapi mee segera tetap menjadi pilihan kerana harganya yang murah, mudah untuk menyediakan, dan rasanya yang sedap. Bagi mereka mee segera tidak bagus untuk kesihatan kerana banyak bahan perasa.
Tapi..Sebenarnya bukan setakat bahan perasa je..
10 Ramuan Bahaya Dalam Mi Segera
Kalsium Sulfat: Kapur Paris.
Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.
Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.
Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).
BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.
Propyl Gallate:
Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan
sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang
pengeluaran sperma.
Pentasodium triphosphate:
Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci),
bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran
kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.
Propylene Glycol:
Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk
pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi
dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil
boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.
Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.
Pewarna tiruan (contohnya:
Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti
dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan
visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi
penyebab kanser.
Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya
membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk
melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas.
No comments:
Post a Comment