“Tanpa agama manusia binasa,
Tanpa ilmu manusia buta,
Tanpa Iman manusia sengsara
Tanpa ukhwah manusia terseksa”
Demikianlah,
sedikit sebanyak serungkap kata permulaan bagi “entry” kali ini. Lirik
lagu yang bertajuk “Tanpa Agama” yang dinyayikan oleh kumpulan nasyid
Raihan menjadi pembuka minda kita untuk kali ini untuk sama-sama kita
berfikir sejenak, mengimbau perilaku diri dan mengenang diri kita.
Allahuakbar, penulis tidak dapat membayangkan sekiranya manusia ini
hidup tanpa akidah mahupun pegangan agama yang satu. Barangkali kita
mungkin akan berada di zaman pemerintahan yang zalim iaitu Firaun yang
penuh keangkuhan sehingga sanggup menggelarkan dirinya sebagai Tuhan.
"Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam)
dari kesesatan (kufur)..." Surah al-Baqarah 2:256
Tanpa Agama Manusia Binasa
Percayalah
tanpa agama manusia akan binasa, jika tidak ada asas akidah yang kukuh,
keimanan tegar dengan berpaksikan roh agama yang satu serta
mentauhidkan ALLAH iaini Tuhan yang satu. Hidup manusia
akan menjadi haru biru, tiada arah tujuan, malalui rona kehidupan dengan
penuh kejahilan, melakukan perkara-perkara sesuka hati tanpa memikirkan
kesan yang akan berlaku dan menimpa diri mereka sendiri. Dengan
wujudnya agama, ia menjadi panduan dan penyuluh hidup bagi manusia di
muka bumi. Apakah panduan itu!. Fikirkan sendiri
Kembalilah kepada Fitrah kita iaini Islam
Pada
zaman keangkuhan Firaun, Allah mengutusakan nabi Musa a.s untuk
berdakwah membawa peringatan kepada Firaun yang penuh keangkuhan diri,
hati yang sudah ditutupi, seraya itu dengan penuh kesombongan menolak
ajaran nabi Musa a.s sehingga wujudnya perancangan untuk membunuh
baginda. Kuasa ALLAH swt, perancangan mereka tidak berjaya dan
digagalkan oleh ALLAH swt, nabi Musa terselamat bersama kaumnya yang
setia manakala Firaun dan pengikutnya menerima bencana dan bala dari
ALLAH swt diatas kesombongan mereka ini kerna menolak ajaran nabi musa
a.s. Pelbagai lagi kisah-kisah para rasul dan anbia termasuklah Rasul
junjungan mulia iaini Muhammad saw yang bersungguh-sungguh, mengorbankan
perjalanan kehidupan mereka sebagai manusia biasa seperti kita, membawa
sinar dan harapan untuk umat mereka supaya mana hidup umat mereka ini
tidak terus berada didalam kebinasaan dan kegelapan hidup.
Bagi
umat Islam, umat akhir zaman, kita mendapat panduan dan pegangan kita
yang menjadi peninggalan dan warisan nabi ALLAH Muhammad saw, sebagai
penyuluh hidup, penyelamat diri dari kehidupan yang sia-sia dan penuh
dengan tipu daya duniawi yang menjadi tempat peninggalan sementara di
muka bumi ini. Tiada agama yang diterima ALLAH melainkan Islam. Harus
juga diingat, Nabi berpesan juga kepada kita yang mana kita tidak akan
sesat dan terpesong arah kehidupan seandainya kita berpegang pada kitab
al-Quran dan sunnah Baginda saw.
"Oleh
itu, berimanlah kamu kepada Allah. dan kepada Rasul-Nya serta kepada
perancangan cahaya al-Qur'an - yang Kami turunkan, Dan ingatlah, Allah
Amat mendalam pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan." Surah
al-Taghabuun 64:8
Sesunggah Deen di sisi ALLAH hanyalah ISLAM
Oleh
yang demikian, dalam kehidupan ini, manusia memerlukan penyuluh hidup
sebagai panduan dalam menongkah arus kehidupan dimuka bumi ini yang mana
ia berasaskan kepada iktiqad seseorang kepada Pencipta yang tiada
perbandingan kuasaNYA. Akidah Islam menjadi pengatur cara kehidupan kita
yang mana ada perumpamaan yang menyebut
“Akidah
ini ibarat akar tunjang pada sebatang pokok, apabila akarnya kuat maka
pohon itu akan tetap teguh sekalipun dilanda dengan ribut taufan yang
sangat kencang dan kuat...”
Apa itu akidah ?
Barangkali
para pembaca sekalian lebih arif dan memahaminya lebih dari diri
penulis sendiri, tapi hakikat manusia ini seharusnya saling ingat
mengingati antara satu sama lain sejajar dengan perintah ALLAH swt di
dalam al-Quran dan disamping ajaran Baginda Muhammad saw, penulis ingin
memperingati diri penulis sendiri yang Imannya masih lagi rapuh, keluar
masuk dan penuh dengan dosa dan sebagainya, mudah-mudahan ALLAH
mengampuni dosa diatas perbuatan kita selama mana kita hidup dimuka bumi
ini, Insya ALLAH. Asbab menjadikan medium blogger ataupun ruangan maya
ini sebagai pentas untuk kita untuk menyampaikan sesuatu yang baik dan
berguna bukan sahaja untuk diri kita malah untuk orang lain.
Ibnu
Taimiyah mendefiniskan akidah ini sebagai perkara yang dibenarkan oleh
jiwa, malah hati menjadi kian tenang dengan perkara tersebut yang mana
beroleh keyakinan para ahlinya serta tidak bercampur dengan sebarang
keraguan. Manakala Imam Ghazali pula menyatakan akidah ini sebagai
berpegang dan membenarkan di dalam hati secara yakin dan pasti tanpa
sebarang keraguan.
Dalam
konteks akidah ini kita dapat memahami ia merupakan sebuah kepercayaan
yang utuh lagi tebal yang terbenam di dalam jiwa malah dengan wujudnya
keyakinan diatas pegangan seseorang itu, maka tidak timbul perasaan
syak-wasangka, was-was mahupun keraguan yang menjadi aspek keteguhan
dalam nilai kehidupan seseorang itu.
"Sesungguhnya
orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang
apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati
mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayal-ayat-Nya, menjadikan
mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah."
Surah al-Anfaal 8:2
Jesteru
itu, apabila pegangan yang benar dan betul yang menjadi panduan
kehidupan manusia, manusia itu sendiri akan merasa lebih tenang jiwanya
serta yakin akan peganganya. Ini terhasil dengan cahaya Islam yang
datangnya dari Pemilik dan Pencipta manusia itu sendiri iaini ALLAH swt
dan diperkukuhkan dengan dalil yang pasti dan benar dari baginda
Muhammad saw iaini bersumberkan al-Quran dan sunnah Baginda saw.
Penulis
menyeru, agar kita sama-sama menilai balik, menghisab diri kita selagi
mana kita diberi peluang olehNya untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan
yang mana kita tidak mengetahui bila tibanya akan kematian kita, bila
tibanya akan hari penghujung dunia iaini akhirat. Akar
umbi permasalahan umat masa kini adalah keteguhan akidahnya, oleh kerana
mehnah kehidupan yang gagal dikawal dan diperbetulkan, makanya
banyaklah berlaku perkara-perkara yang membutakan hati manusia itu
sendiri, penyelewangan, salah laku moral anak muda Islam, kerakusan hati
dan jiwa yang penuh dipengaruhi nafsu yang durjana selain usaha syaitan
yang terus menghasut manusia ke lembah kegelapan hidup dan sebagainya.
Manusia
membiarkan minda mereka terus dijajah oleh sihir media-media barat
dengan amal budaya yang menjauhkan manusia dari terus mengingati Tuhan
mereka, lalai dalam tindak tanduk dan perilaku mereka, oleh kerana
itu,,, mereka si kafir durjana ini mengambil kesempatan dari kelalaian
kita. Hanya tinggal sahaja bagi mereka menghimpunkan kita ini dengan
memperkotak katikan iman kita, akidah kita sebelum kedatangan tuan
mereka iaini Dajjal di akhir zaman nanti. Persoalannya, sudahkan kita
bersedia menghadapinya dengan akidah yang sedemikian rupa. Allahuakbar,
penulis memperingati dirinya sendiri agar kita kembali kepada fitrah
kita iaini Islam yang penuh bercahaya.
Ayuh
kita tingkatkan amal kita, mintalah kekuatan dari ALLAH agar Iman kita
dipelihara olehNya, hati kita hanya dikuasai ALLAH swt dengan cahaya
hidayah dan petunjukNya. Moga-moga kita tergolong dikalangan orang-orang
yang beriman dan beramal soleh dengan keizinan dan kekuatan dari ALLAH
swt. Bersyukurlah kita kerna dilahirkan di dalam Islam, bayangkan
bagaimana kehidupan manusia ini tanpa agama, kebinasaan pasti menjadi
sebuah kabus yang menyelebungi dan membinasakan diri sendiri ...
wallahualam
No comments:
Post a Comment